Sosioekomoni Dan Keusahawanan
Pertanian Sawah Padi
Kebanyakan penduduk Kampung Surau yang bekerja sendiri menjalankan aktiviti pertanian iaitu menanam padi sebagai hasil pencarian mereka. Terdapat kawasan penanaman padi yang luas di sekeliling kampung ini. Padi sawah memerlukan penggunaan air dan baja yang banyak serta perlu ditanam dengan teratur. Padi perlu dituai sebaik sahaja masak kerana kelewatan menuai boleh menyebabkan kekurangan hasil kerana pokok-pokok padi rebah, biji-biji padi lerai dan bahaya makhluk perosak. Padi akan dituai 2 kali setahun dan jentera seperti jentuai padi atau mesin padi dan lori akan digunakan dalam proses menuai.
Pengusaha Kedai makan & Kedai Runcit
Terdapat juga beberapa penduduk yang menceburi bidang perniagaan khususnya perniagaan kedai runcit dan kedai makan. Beberapa kedai boleh dilihat jika berkunjung ke kampung ini.
Tanaman Mempelam Harum Manis dan Limau Nipis
Bidang pertanian seperti tanaman pokok mempelam harum manis dan pokok limau nipis juga cuba diceburi oleh beberapa penduduk di sini. Oleh kerana tanaman baru ditanam, maka hasil tanaman belum lagi diperolehi.
Pengusaha Ternakan (Ikan, Kambing, Ayam dan Itik)
Segelintir penduduk lain pula ada yang mengusahakan ternakan seperti ternakan ikan kolam, ternakan kambing dan ternakan ayam dan itik. Ternakan dijalankan secara kecil-kecilan bagi menampung kehidupan harian mereka.
Pengusaha Madu Kelulut
Ladang kelulut yang terdapat di Kampung Surau adalah hasil usaha sama Haji Fadzil dan Pertubuhan Peladang Kawasan Bintong. Madu kelulut dikatakan mempunyai lebih banyak khasiat berbanding madu lebah biasa. Saiz kelulut yang lebih kecil membolehkannya untuk mendapatkan kepelbagaian jenis bunga dengan pelbagai saiz. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Haji Fadzil di talian 0164447842.
Usahawan produk kecil-kecilan
Di Kampung Surau, terdapat juga segelintir penduduk yang cuba menceburi bidang usahawan yang menjual produk-produk kampung secara kecil-kecilan. Antara produk-produk yang terdapat di Kampung Surau adalah seperti kuah rojak, karipap sejuk beku, acar rebung, pekasam, kuih loyang dan hiasan bunga pinang serta tudung saji. Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi staf Pusat Internet 1 Malaysia Kg Surau.