Pendidikan
Sekolah Kebangsaan Utan Aji
Sejarah Sekolah:
Diasaskan pada tahun 1912 dengan bilangan murid seramai 30 murid lelaki dan guru besar yang pertama Encik Mohd Joned Bin Hussain. Sekolah ini bermula dengan bangunan kayu kurniaan Almarhum Tuanku Raja Syed Alwi Ibni Almarhum Tuanku Syed Saffi Jamalulail. Bangunan ini terletak di Kampung Surau. Empat tahun kemudian, bagunan ini diganti dengan bangunan baru daripada kayu terletak di tepi jalan raya ke Kampung Surau. Pada tahun 1930, bangunan ini berpindah ke tapak bangunan sekarang dan 19 tahun kemudian, sebuah bangunan baru dibina telah dibina (JKR 609 & 319).
Disebabkan pertambahan murid, pada tahun 1976 sebuah lagi bangunan baru didirikan (JKR 1516). Memandangkan keperluan bangunan maka pada tahun 1986 didirikan pula satu bangunan 2 bilik secara gotong – royong. Bermula 1 Mac 1988 sekolah ini dinaikan taraf menjadi gred B. Sejak dari itu, murid – murid makin bertambah. Akhirnya, pada tahun 1990 sebuah lagi bangunan 4 bilik didirikan secara gotong – royong. Pertambahan murid dari setahun ke setahun menyebabkan sebuah bangunan 2 tingkat didirikan pada tahun 1994. Bermula 1 Januari 1995 sekolah ini dinaikkan taraf menjadi gred A.
Tabika KEMAS
Tabika Kampung Surau adalah dibawah pengurusan KEMAS. Tabika ini mempunyai seorang pemaju masyarakat (guru) dan seorang pembantu. Pengambilan murid tabika adalah secara tahunan.