Kawasan Rekreasi Dan Pelancongan
Gua Cenderawasih
Gua Cenderawasih merupakan tarikan yang ada di perlis dan merupakan kawasan yang sering dikunjungi. Ia mengambil masa lebih kurang 7 minit dari Bandar Kangar dan 5 minit dari PI Kg Surau. Selain keunikan gua tersebut ramai pengunjung yang mengambil peluang untuk mendaki / ‘hiking’ gua tersebut bagi mendapatkan pemandangan yang cantik dari sudut yang tinggi.
Gua ini bukan sahaja mempunyai tarikan dari segi lokasi dan keunikan bentuk gua tersebut bahkan disini terdapat monyet yang berkeliaran namun jinak untuk bermain. Ini menjadikan kawasan ini sering dikunjungi pagi dan petang sebagai tempat beriadah seisi keluarga.
Taman Awam Bukit Lagi
Taman Bukit Lagi terletak berdekatan dengan Gua Cenderawasih dan pengunjung sering mengunjungi taman ini untuk bersenam atau beriadah bersama keluarga kerana taman ini dilengkapi dengan kemudahan seperti tempat berehat, tandas, trek jogging dan alat-alat senaman yang ringkas.
Kawasan yang dipenuhi dengan kehijauan pokok-pokok membuatkan taman ini disenangi untuk berehat atau beriadah dengan aktiviti berkeluarga.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hotel Seri Malaysia Kangar
Hotel Seri Malaysia Kangar merupakan salah satu hotel yang terkenal di Perlis. Hotel ini terletak berdekatan dengan Gua Cenderawasih dan Bukit Lagi. Hanya 6 minit diperlukan untuk sampai ke hotel ini dari Bandar Kangar.
Selain menjadi tempat penginapan, Hotel Seri Malaysia juga sering ditempah untuk majlis-majlis keraian kerana mempunyai dewan-dewan yang luas dan selesa.