Kursus Pentadbiran Dan Kewangan Serta Taklimat KDB Bagi Komuniti 1 Malaysia Negeri Perlis Parlimen Arau
29 Februari 2015 | Aktiviti Terkini
Pada 28 Februari 2015, pihak pengurusan Pusat Internet 1 malaysia Kg Surau bersama-sama Jabatan Penerangan Negeri Perlis telah mengadakan kursus berkaitan pentadbiran pengurusan dan pentadbiran kewangan. Kursus ini dijalankan di Pusat Internet 1 Malaysia Kg Surau dan disertai oleh 13 orang ahli jkkk kampung sekitar Parlimen Arau. Kursus berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberikan latihan pengurusan pentadbiran dan kewangan yang meliputi penggunaan Microsoft Access dan Microsoft Word kepada ahli jkkk kampung sekitar Parlimen Arau. Kursus ini dilihat mampu membantu peserta dalam menguruskan sistem pengurusan dan kewangan kampung masing-masing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: