Kelas Tutorial Microsoft Word
15 April 2016 | Aktiviti TerkiniPada 14 April 2016, pihak pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia Kg Surau telah mengadakan kelas Microsoft Office yang meliputi pembelajaran Microsoft Word. Kelas yang diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Kg Surau ini telah disertai oleh 9 orang peserta yang merupakan ahli PI sendiri dan kelas tersebut berlangsung selama 1 jam bermula dari jam 5.00 petang hingga 6.00 petang.
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai cara-cara untuk menyediakan jadual dengan hanya menggunakan microsoft word. Kelas ini mampu untuk mendidik peserta agar lebih “celik IT” supaya mampu bersaing dengan masyarakat bandar yang lebih terdedah dengan penggunaan ICT. Serta menarik minat mereka untuk mengaplikasikan fungi Microsoft Office di masa hadapan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: