Program ICT Microsoft Word
9 Februari 2015 | Aktiviti Terkini
Pada 8 Februari 2015, pihak pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia Kg Surau telah menganjurkan kelas latihan ICT yang meliputi pembelajaran berkenaan Microsoft Word. Program yang diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Kg Surau ini disertai oleh 8 orang peserta yang kebanyakannya penduduk setempat. Program ini berlangsung dari jam 4.00 petang hingga 6.00 petang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai cara-cara menggunakan Microsoft Word. Program ini mampu untuk mendidik peserta agar lebih "celik IT" supaya mampu bersaing dengan masyarakat bandar yang lebih terdedah dengan penggunaan ICT.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: