Kursus Keusahawanan Untuk Ahli Big Groom SDN BHD
25 Oktober 2015 | Aktiviti Terkini
Pada 24 Oktober 2015, pihak pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia Kg Surau bersama-sama Groom Big SDN SHB telah menganjurkan kursus keusahawanan yang meliputi pembelajaran penggunaan pemasaran secara talian. Kursus ini dijalankan di Pusat Internet 1 Malaysia Kg Surau dan disertai oleh 13 peserta yang mempunyai perniagaan mereka sendiri. Program bermula dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Tujuan kursus ini dijalankan adalah untuk melatih peserta supaya mampu menjalankan perniagaan mereka melalui pemasaran dan transaksi secara talian. Program ini dilihat mampu menambahkan pengetahuan peserta berkenaan selok belok perniagaan melalui penggunaan ICT.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: