Kelas Menghasilkan Video Online
14 November 2015 | Aktiviti Terkini
Pada 13 November 2015, pihak pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia Kg Surau telah mengadakan kelas photoshop. Kelas yang diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Kg Surau ini disertai oleh 6 orang peserta penduduk setempat dan berlangsung dari jam 3.00 petang hingga 6.00 petang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar peserta berkenaan asas untuk mengedit gambar. Kelas ini dilihat mampu untuk membantu peserta menambah kemahiran sedia ada serta menambah minat mereka untuk mendalami bidang ICT.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: