Program Usahawan PI Kg Surau
09 September 2016 | Aktiviti TerkiniPada 8 September 2016, pihak pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia Kg Surau telah mengadakan Program Usahawan kepada usahawan kecil setempat. Program yang diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Kg Surau ini disertai oleh 2 orang peserta penduduk setempat dan berlangsung selama 5 jam dari jam 1.00 petang hingga 6.00 petang.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi tips pemasaran online secara berkesan dan memperkasakan lagi urusan perniagaan para peserta serta untuk menganalisis masalah yang dihadapi oleh usahawan tersebut. Program ini dilihat mampu untuk membantu peserta menambah kemahiran sedia ada serta menambah minat mereka untuk berkunjung ke Pusat Internet 1 Malaysia dan juga dapat membantu mengembangkan lagi perniagaan mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: