Kelas Photoshop
30 Mei 2016 | Aktiviti Terkini
Pada 29 Mei 2016, pihak pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia Kg Surau telah mengadakan kelas photoshop. Kelas yang diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Kg Surau ini telah disertai oleh 12 orang peserta yang merupakan ahli PI sendiri dan kelas tersebut berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 4.00 petang hingga 6.00 petang.
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai cara-cara untuk mengedit gambar supaya menjadi lebih menarik. Kelas ini mampu untuk mendidik peserta agar lebih “celik IT” supaya mampu bersaing dengan masyarakat bandar yang lebih terdedah dengan penggunaan ICT. Serta menarik minat mereka untuk menggunakan pelbagai software yang terdapat di internet pada masa kini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: