Kelas Mencari Maklumat
19 Julai 2016 | Aktiviti Terkini
Pada 18 Julai 2016, pihak pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia Kg Surau telah mengadakan kelas kepada pelajar PT3 iaitu berkaitan dengan bagaimana untuk mencari maklumat di internet yang akan dijadikan sebagai bahan untuk menyiapkan tugasan mereka. Kelas yang diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Kg Surau ini telah disertai oleh 5 orang peserta dan kelas tersebut berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 2.00 petang hingga 4.00 petang.
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada para peserta mengenai cara-cara untuk mencari maklumat yang betul dengan menggunakan internet atau laman sesawang. Kelas ini dilihat mampu untuk mendidik peserta agar lebih “celik IT” supaya mampu bersaing dengan masyarakat bandar yang lebih terdedah dengan penggunaan ICT. Serta menarik minat mereka untuk berkunjung ke Pusat Internet 1 Malaysia.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: