Bengkel MIV @ SCHOOL 2024 Peringkat Negeri Perlis

27 September 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 26 September 2024, Pihak pengurusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengadakan Bengkel MIV @ SCHOOL 2024 Peringkat Negeri Perlis. Antara Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang terlibat ialah NADI Kg Surau, NADI Tambun Tulang, NADI Padang Besar dan NADI RPA Sena. Bengkel ini berlangsung pada jam 7.30 pagi sehingga 5.00 petang bertempat di Hotel Brasmana Kuala Perlis dan telah disertai oleh 60 orang guru-guru sekitar negeri Perlis.

Tujuan Bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang keselamatan internet kepada para guru disekolah. Pihak SKMM berkongsi mengenai MIV @ SCHOOL yang dijalankan disetiap sekolah. Terdapat 2 wakil agensi lain yang terlibat iaitu dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis, dan dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah IPD Kangar yang memberikan ceramah berkaitan dengan tajuk “cyber grooming” . Bengkel ini dapat memastikan para guru sekolah menyampaikan penggunaan internet secara selamat, waspada dan bertanggungjawab kepada para pelajar sekolah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali