Program Bacaan Ikrar dan Rukun Negara
6 September 2024 | Aktiviti TerkiniPada 5 September 2024, pihak pengurusan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dan Perpustakaan Desa Tambun Tulang telah berkerjasama manjayakan Program Bacaan Ikrar Rukun Negara. Antara NADI yang terlibat ialah NADI Kg Surau, NADI Tambun Tulang dan NADI Batas Lintang. Aktiviti yang diadalah ialah membuat rakaman Bacaan Ikrar Rukun Negara dengan berpakaian tradisonal melayu. Tujuan program diadakan adalah untuk memberi penyebaran tentang ikrar rukun negara dan memberi semangat patriotik melalui media sosial. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran tentang kepentingan Kemerdekaan kepada rakyat Malaysia. Sehubungan dengan itu, NADI mengambil pendekatan ini untuk menggalakkan lagi komuniti untuk datang ke NADI dalam memerlukan apa jua kemudahan dan pelajaran yang dapat diberikan dengan baik.
Kesimpulanya, dengan aktiviti – aktiviti yang disediakan di NADI, dapat merapatkan hubungan NADI bersama komuniti dan juga memperkenalkan NADI kepada masyarakat sebagai pusat pembelajaran pelbagai fungsi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: