Advokasi Klik Dengan Bijak - Perlindungan Kanak – Kanak @ Kasih Kanak - Kanak 2024 SMK Syed Ahmad

5 September 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 4 September 2024, pihak pengurusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) cawangan Perlis telah mengadakan Program Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) – Perlindungan Kanak-Kanak @ Kasih Kanak-kanak 2024. Antara Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang terlibat ialah NADI Kg Surau, NADI RPA Arau dan NADI Padang Besar Selatan. Program berlangsung pada jam 9.00 pagi sehingga 1.00 petang di Dewan Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Ahmad, Arau dan telah disertai oleh 100 orang pelajar.

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang keselamatan internet kepada pelajar sekolah. Terdapat 2 wakil agensi lain yang terlibat iaitu dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis, dan dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah IPD Kangar yang memberikan ceramah berkaitan dengan tajuk ‘ Perlindungan Kanak-Kanak’. Diakhir sesi, staf NADI menyediakan soalan kuiz berkaitan dengan taklimat yang diberikan kepada para pelajar. Program Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) ini dapat memastikan pelajar sekolah mengamalkan penggunaan internet secara selamat, waspada dan bertanggungjawab. Selain itu, program seperti ini dapat mempromosikan lagi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) kepada para pelajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali