Taklimat Awareness E-Sukan
27 Oktober 2024 | Aktiviti TerkiniPada 26 Oktober 2024, telah berlangsung Taklimat Awareness E-Sukan secara atas talian. Taklimat ini berlangsung pada jam 11:00 pagi sehingga 1:00 petang di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau dan telah disertai seramai 5 orang.
Tujuan Taklimat Awareness E-Sukan secara atas talian dijalankan adalah untuk menerangkan apa itu E-sukan yang semakin berkembang maju. E-Sukan ialah permainan sukan elektronik iaitu pemainan video yang melibatkan beberapa pemain bertanding dalam permainan berpasukan. Terdapat perbagai E-Sukan seperti Mobile Legends Bang Bang, Dota 2, Dream Three Kingdoms 2, FIFA (oleh EA Sports), Hearthstone, League of Legends, PUBG Mobile (versi Sukan Asia) dan Street Fighter. Permainan ini dapat meningkatkan daya pemikiran secara kritis dan kreatif, membantu meningkatkan kemahiran berkomunikasi, memupuk semangat kesukanan dan disiplin. Dengan adanya permainan E-Sukan ini, golongan remaja dapat mengelak daripada terjebak dengan gejala sosial yang negatif. Selain itu, permainan ini membuka peluang dan bidang kerjaya yang baru. Taklimat ini juga diharap dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: