Kelas Asas Microsoft Excel (Lajer Perniagaan)

24 Oktober 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Oktober 2024, pihak pengurusan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau telah mengadakan kelas Asas Microsoft Excel (Lajer Perniagaan). Kelas yang diadakan di NADI Kampung Surau ini telah disertai oleh seorang peserta. Kelas tersebut berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 3 petang sehingga 5 petang.

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai cara-cara untuk menggunakan Microsoft Excel dalam merekod data, menyelesaikan masalah pengiraan dengan cepat dan mudah menggunakan formula matematik dan pengurusan perniagaan secara teratur. Kelas ini dilihat mampu untuk mendidik peserta agar lebih “celik IT” supaya mampu bersaing dengan masyarakat bandar yang lebih terdedah dengan penggunaan ICT. Serta menarik minat mereka untuk mengaplikasikan fungsi Microsoft Office di masa hadapan serta dapat meningkatkan keyakinan mereka untuk berdepan dengan orang ramai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali