Kelas Asas Microsoft Word
24 Oktober 2024 | Aktiviti TerkiniPada 23 Oktober 2024, pihak pengurusan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau telah mengadakan kelas Asas Microsoft Word. Kelas yang diadakan di NADI Kampung Surau ini telah disertai oleh seorang peserta. Kelas tersebut berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 11:00 pagi hingga 1:00 petang.
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai cara-cara untuk menggunakan komponen komputer dengan baik serta penggunaan Microsoft Words dalam pengurusan pembelajaran atau pekerjaan secara teratur, Penerangan mengenai system e-pembelajaran, Praktikal menggunakan komputer oleh peserta. Kelas ini dilihat mampu untuk mendidik peserta agar lebih “celik IT” supaya mampu bersaing dengan masyarakat bandar yang lebih terdedah dengan penggunaan ICT. Serta menarik minat mereka untuk mengaplikasikan fungsi Microsoft Office di masa hadapan serta dapat meningkatkan keyakinan mereka untuk berdepan dengan orang ramai.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: