Taklimat NADI MAHIR (NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat)
21 Oktober 2024 | Aktiviti TerkiniPada 20 Oktober 2024, telah berlangsung Taklimat NADI MAHIR (NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat) secara atas talian. Taklimat ini berlangsung pada jam 10:00 pagi sehingga 11:00 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau dan telah disertai seramai 6 orang. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.
Tujuan Taklimat NADI MAHIR (NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat) secara atas talian dijalankan adalah untuk menerangkan kepada komuniti apa itu “NADI Mahir” serta kemahiran yang ditawarkan kepada komuniti secara percuma dengan syarat menjadi ahli NADI. Terdapat 5 kursus yang ditawarkan kepada komuniti iaitu Mahir Masak, Mahir Jahit, Mahir Foto, Mahir Baiki Gajet dan Mahir Pertanian Pintar. Kesemua kursus-kursus yang ditawarkan ini mempunyai tarikh dan jadual secara teratur dan dijalankan secara atas talian serta praktikal disetiap NADI. Dengan adanya kursus-kursus kemahiran seperti ini, ianya dapat membantu komuniti untuk meningkatkan lagi kemahiran , menambahkan pendapatan dan boleh menjadi usahawan yang berjaya. Selain itu, taklimat ini juga di harap dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: