Program Kita Madani Peringkat Negeri Perlis 2024
7 Oktober 2024 | Aktiviti TerkiniPada 6 Oktober 2024, Program Kita Madani Peringkat Negeri Perlis 2024 telah dirasmikan oleh Menteri Komunikasi YB Fahmi Fadzil. Program ini berlansung pada jam 8.00 pagi sehingga 1.00 tengah hari bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perlis, Kangar. Antara jabatan-jabatan yang terlibat didalam program ini ialah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Negeri Perlis, Jabatan Penerangan Malaysia, Jabatan Penyiaran Negeri Perlis, Jabatan Komunikasi Komuniti dan juga agensi-agensi dibawah kementerian komunikasi.
Tujuan Program Kita Madani ini diadakan adalah menyemarak hubungan pemimpin bersama rakyat, mengukuhkan semangat perpaduan dan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat. Program ini juga dapat memberi pendedahan tentang keselamatan internet kepada komuniti yang hadir ke booth Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Pelbagai aktiviti menarik turut disajikan kepada para pengunjung seperti pertandingan aspek wanita, pertandingan mewarna, sukaneka, senamrobik serta taici. Program ini dapat menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan kemahiran serta dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara pemimpin dan rakyat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: