Internal Training (Strategic Thinking : From Version to Action)
9 Mei 2024 | Aktiviti TerkiniPada 8 Mei 2024, petugas Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) telah menghadiri NADI Internal Training – Strategic Thinking : From Version to Action yang diadakan secara maya atau lebih dikenali latihan atas talian. Kursus bermula pada jam 9.30 pagi sehingga 5.30 petang. Tujuan kursus ini bagi meningkatkan serta menambah pengetahuan tentang cara mengatur strategik atau jadual hidup.
Kursus ini dimulakan dengan penerangan ringkas tentang topik-topik yang akan dibincangkan. Peserta terdiri daripada petugas NADI. Kursus ini dapat memberi pendedahan kepada petugas NADI menambah pengetahuan dalam mengatur kehidupan seharian atau kehidupan dalam jangkamasa yang panjang. Sebagai pekerja yang mempunyai halatuju dan matlamat yang ingin dicapai. Selain itu, memberi peluang kepada peserta mengaplikasikan apa yang telah dipelajari ketika kursus dan boleh dijadikan satu semangat untuk kita mencapai objektif tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: