Kelas ICT (Microsoft Office)
27 Julai 2024 | Aktiviti TerkiniPada 26 Julai 2024, pihak pengurusan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Surau telah mengadakan Kelas ICT (Microsoft Office) iaitu pengenalan komponen komputer serta fungsinya dan asas Microsoft Office. Kelas yang diadakan di NADI Kg Surau ini telah disertai oleh seorang peserta. Kelas tersebut berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai cara-cara untuk menggunakan komponen komputer dengan baik serta penggunaan Microsoft Office dalam pengurusan pekerjaan secara teratur. Kelas ini dilihat mampu untuk mendidik peserta agar lebih “celik IT” supaya mampu bersaing dengan masyarakat bandar yang lebih terdedah dengan penggunaan ICT. Serta menarik minat mereka untuk mengaplikasikan fungsi Microsoft Office di masa hadapan serta dapat meningkatkan keyakinan mereka untuk berdepan dengan orang ramai.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: