Program Kacau Bubur Asyura bersama Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)

24 Julai 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Julai 2024, pihak pengurusan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Surau telah mengadakan Program Kacau Bubur Asyura bersama Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Aktiviti tersebut diadakan pada jam 10.00 pagi sehingga 1.00 petang. Aktiviti ini telah disertai oleh 16 orang yang terdiri dari komuniti sekitar. Aktiviti ini dijalankan secara santai sambil bergotong royong dan memasak bersama-sama.

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan sesama komuniti setempat dan staff NADI. Selain itu, memberi pendedahan mengenai program Klik Dengan Bijak (KDB) kepada komuniti. Dengan adanya program seperti ini, dapat mewujudkan sifat bekerjasama sesama komuniti dan dapat mempromosikan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) kepada komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali