Program Makanan Sihat bersama Kanak-Kanak Tabika Kemas Kg Surau

18 Julai 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Julai 2024, pihak pengurusan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Surau bersama kanak-kanak Tabika KEMAS Kampung Surau telah mengadakan Program Makanan Sihat. Aktiviti diadakan di Tabika Bangunan Khas Kampung Surau telah disertai oleh 17 orang peserta yang berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 10.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari.

Tujuan program ini diadakan untuk meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak , melatih kanak-kanak berfikir secara kreatif semasa menyediakan makanan sihat. Dengan adanya program seperti ini, dapat membantu kanak-kanak tabika lebih berpengetahuan luas tentang persekitaran serta mengetahui kaedah sains makanan dalam kehidupan. Aktiviti ini juga dapat mempromosikan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) kepada kanak-kanak tabika.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali