Sesi Taklimat Program BUDI MADANI dan Aplikasi PriceCatcher di NADI
17 Julai 2024 | Aktiviti TerkiniPada 16 July 2024, petugas Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) telah menghadiri Sesi Taklimat Program BUDI MADANI dan Aplikasi PriceCatcher di NADI yang diadakan secara maya atau lebih dikenali latihan atas talian. Taklimat bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Sesi taklimat berkaitan budi madani & aplikasi pricecatcher yang dikendalikan oleh MCMC HQ En Azahari HOD NADI.
Antara taklimat yang disampaikan dalam sesi kali ini ialah berkenaan dengan bagaimana untuk mengisi budi madani, syarat kelayakan, jenis kelayakan yang pemohon perlu tahu dan juga mengenai pricecatcher. Pricecatcher ialah satu aplikasi yang diperkenalkan kepada semua masyarakat Malaysia untuk membolehkan dan mendapatkan harga terkini barangan anda dengan pantas. Dengan menggunakan aplikasi juga dapat kebaikkan daripada beberapa fungsi yang tiada di dalam aplikasi web. Seterusnya, Program bantuan budi madani ini terbahagi kepada tiga iaitu mysubsidi diesel, budi agro-komoditi dan budi individu. Setiap bantuan budi madani ini mempunyai syarat kelayakan yang perlu tahu. Oleh itu, Semua staff NADI telah diajar dan memberi pencerahan mengenai isu yang berbangkit ini dalam mendaftar bantuan budi madani ini untuk memudahkan dalam membantu komuniti untuk mendaftar. Komuniti yang ingin mendaftar bantuan budi madani ini boleh la datang ke seluruh NADI yang terdekat ini mendapat maklumat yang lebih lanjut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: