Staff Training (Product Knowledge : Data Technical Skills On ICT Solutions Sales)
13 Julai 2024 | Aktiviti TerkiniPada 12 Julai 2024, petugas Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) telah menghadiri (Product Knowledge : Data Technical Skills On ICT Solutions Sales) yang diadakan secara maya atau lebih dikenali latihan atas talian. Kursus bermula pada jam 3.00 petang sehingga 4.00 petang. Training tersebut telah dikendalikan oleh Encik Ng Kuan Jet yang merupakan staff dari REDtone. Objektif kursus ini tentang produk dan servis portfolio seperti ‘broadband’ dan data.
Kursus ini dimulakan dengan penerangan ringkas tentang topik-topik yang akan dibincangkan. Tujuan kursus ini bagi menerangkan tentang infrastruktur ICT seperti UPS sistem dan Environmental Monitoring System (EMS) serta perkakasan dan peralatan ICT. Kursus ini dapat memberi pendedahan kepada petugas NADI menambah pengetahuan mengenai infrastruktur ICT dalam pekerjaan. Sebagai pekerja yang mempunyai halatuju dan matlamat yang ingin dicapai dan memberi peluang mengaplikasikan apa yang telah dipelajari ketika kursus dan boleh dijadikan satu semangat untuk kita mencapai objektif tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: