Kelas Usahawan atas talian bersama Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
10 Julai 2024 | Aktiviti TerkiniPada 9 Julai 2024, Kelas Usahawan atas talian bersama Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) telah diadakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg. Surau. Kelas ini disertai oleh seorang peserta yang merupakan usahawan NADI Kg Surau sendiri dan kelas tersebut berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 2.30 petang sehingga 4.30 petang.
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai cara-cara atau teknik menggunakan aplikasi Facebook Page untuk memasarkan produk jualan. Melalui Kelas ini juga, peserta dapat meluaskan lagi pasaran dan dapat mempromosikan barangan dengan lebih mudah dan cepat. Kelas ini dilihat mampu untuk mendidik peserta agar lebih cakna dengan e-commerce supaya mampu bersaing dengan masyarakat bandar yang lebih terdedah dengan penggunaan e-commerce sebagai platform untuk meluaskan lagi perniagaan. Dengan adanya kelas seperti ini, ia boleh mengembangkan lagi produk jualan serta menaikkan pendapatan para peniaga.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: