Internal Training (COMPLIANCE : Anti-Bribery & Corruption)

25 April 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 24 April 2024, petugas Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) telah menghadiri NADI Internal Training – COMPLIANCE: Anti-Bribery & Corruption yang diadakan secara maya atau lebih dikenali latihan atas talian. Kursus bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Tujuan kursus ini bagi menambah pengetahuan tentang anti rasuah dan rasuah yang berlaku ditempat kerja dan persekitaran kita.

Kursus ini dimulakan dengan penerangan ringkas tentang topik-topik yang akan dibincangkan. Peserta terdiri daripada petugas NADI. Kursus ini dapat memberi pendedahan kepada petugas NADI menambah pengetahuan dalam mencegah rasuah ditempat kerja dan cara-cara mengatasi rasuah. Selain itu, memberi peluang kepada peserta mengaplikasikan apa yang telah dipelajari ketika kursus.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali