Kelas Asas Microsoft Excel

18 April 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 17 April 2024, pihak pengurusan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Surau telah mengadakan kelas asas Microsoft Excel. Kelas yang diadakan NADI Kg Surau ini telah disertai oleh seorang peserta. Kelas tersebut berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 2 petang hingga 4 petang.

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai cara-cara untuk menggunakan Microsoft Excel dengan lebih sistematik. Menyelesaikan masalah pengiraan dengan cepat dan mudah menggunakan formula matematik. Kelas ini dilihat mampu untuk mendidik peserta agar lebih “celik IT” supaya mampu bersaing dengan masyarakat bandar yang lebih terdedah dengan penggunaan ICT. Serta menarik minat mereka untuk mengaplikasikan fungsi Microsoft Office di masa hadapan serta dapat meningkatkan keyakinan mereka untuk berdepan dengan orang ramai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali