Internal Training (COMPLIANCE: Mind Hygiene & Ways to Improve Mental Health by Empower)
4 April 2024 | Aktiviti TerkiniPada 3 April 2024, petugas Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) telah menghadiri NADI Internal Training – COMPLIANCE: Mind Hygiene & Ways to Improve Mental Health by Empower yang diadakan secara maya atau lebih dikenali latihan atas talian. Kursus bermula pada jam 3.00 petang sehingga 4.00 petang. Tujuan kursus ini bagi meningkatkan serta menambah pengetahuan tentang cara mengatasi tekanan atau mengawal emosi ditempat kerja.
Kursus ini dimulakan dengan penerangan ringkas tentang topik-topik yang akan dibincangkan. Peserta terdiri daripada petugas NADI. Kursus ini dapat memberi pendedahan kepada petugas NADI menambah pengetahuan dalam cara-cara mengatasi masalah tekanan emosi ditempat kerja serta cara mengawal emosi. Selain itu, memberi peluang kepada peserta mengaplikasikan apa yang telah dipelajari ketika kursus.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: