Kelas Asas Pemasaran Shopee (Usahawan RISDA)
16 Julai 2023 | Aktiviti TerkiniPada 15 Julai 2023, Kelas Asas Pemasaran Shopee dan Tiktok telah diadakan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Surau. Kelas ini disertai oleh seorang peserta dan juga merupakan usahawan Perlis. Kelas tersebut berlangsung selama 3 jam bermula dari jam 10.00 pagi hingga 1 petang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai cara-cara atau teknik menggunakan aplikasi untuk memasarkan produk jualan serta susun atur kedai dalam shopee dan tiktok.
Kelas ini dilihat mampu untuk mendidik peserta agar lebih cakna dengan e-commerce supaya mampu bersaing dengan masyarakat bandar yang lebih terdedah dengan penggunaan e-commerce sebagai platform untuk meluaskan lagi perniagaan. Dengan adanya kelas seperti ini, ia boleh mengembangkan lagi produk jualan serta menaikkan pendapatan peniaga.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: