Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tabika KEMAS Kg. Surau

24 Mei 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Mei 2023, pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Surau telah menghadiri jamuan sambutan Hari Raya dengan kerjasama Tabika KEMAS Kg Surau. Aktiviti tersebut diadakan pada jam 10.00 pagi. Aktiviti ini dijalankan secara santai dan melibatkan pelajar tabika kemas dan tenaga pengajar Tabika KEMAS serta ibu bapa pelajar.

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan sesama komuniti setempat dan mempromosikan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Surau kepada komuniti setempat. Wakil dari PEDi juga tidak ketinggalan memberi sedikit taklimat kepada ibu bapa mengenai program Klik Dengan Bijak (KDB) iaitu “Lindungi Kanak – Kanak Daripada Pengantunan Dalam Talian”, ibu bapa juga diedarkan flyers meneganai PEDi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali