Kelas Asas Pemasaran Digital (Shopee)
20 Mei 2023 | Aktiviti TerkiniPada 19 Mei 2023, Kelas Asas Pemasaran Shopee telah diadakan di Cawangan Pakatan Harapan Kuala Perlis. Kelas ini disertai oleh usahawan dari Persatuan Srikandi Harapan Kuala Perlis. Kelas tersebut berlangsung selama 4 jam bermula dari jam 9.00 pagi hingga 1 petang. Program ini telah dikendalikan oleh wakil dari Rakan Digital PEDi di bawah Telco Maxis.
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai cara-cara atau teknik menggunakan aplikasi Shopee untuk memasarkan produk jualan. Kelas ini dilihat mampu untuk mendidik peserta agar lebih cakna dengan e-commerce supaya mampu bersaing dengan masyarakat bandar yang lebih terdedah dengan penggunaan e-commerce sebagai platform untuk meluaskan lagi perniagaan. Dengan adanya kelas seperti ini, ia boleh mengembangkan lagi produk jualan serta menaikkan pendapatan peniaga.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: