Pengurusan Harta Pusaka

21 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Oktober 2023, pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Surau telah mengadakan taklimat pengurusan harta pusaka iaitu memberi pendedahan kepada peserta cara-cara untuk menguruskan wang dan harta pusaka dengan betul. Kelas ini diadakan di PEDi RPA Arau dan telah disertai oleh 10 orang peserta. Kelas tersebut berlangsung selama 3 jam bermula dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari.

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai cara-cara pengurusan kewangan dan harta pusaka dengan betul. Mendidik peserta agar lebih cakna dengan penggunaan teknologi terkini dalam menguruskan kewangan melalui aplikasi yang disediakan. Kelas ini dilihat mampu untuk mendidik peserta agar lebih “celik IT” supaya mampu bersaing dengan masyarakat bandar yang lebih terdedah dengan penggunaan ICT.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali