Webinar Akses Pembiayaan TEKUN Nasional Siri 02/2023
23 Ogos 2023 | Aktiviti TerkiniPada 22 Ogos 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) telah menyertai taklimat yang dianjurkan oleh Tekun Nasional. Taklimat tersebut telah diadakan secara virtual telah berlangsung dari jam 10:00 pagi sehingga 11.30 pagi dengan dihadiri oleh usahawan dan kakitangan PEDi seluruh Malaysia. Objektif taklimat tersebut adalah untuk berkongsi maklumat berkaitan pembiayaan perniagaan dibawah Tekun Nasioanal.
Antara topik yang dikongsikan adalah berkaitan cara pembiayaan, cara permohonan, syarat-syarat kelayakkan dan tutorial permohonan pembiayaan, jadual pembayaran semula serta kategori-kategori pemohon. Program ini dilihat dapat membantu usahawan untuk membuat pembiayaan perniagaan mereka pada masa akan datang jika ia diperlukan. Dengan adanya program seperti ini, ia dapat mempromosikan dab memberitahu kepada komuniti bahawa PEDi bukan sahaja menyediakan perkhidmatan berkaitan ICT sahaja malah lebih lagi perkhidmatan lain seperti kelas usahawan, kelas pembelajaran secara digital, kelas kemahiran dan pelbagai lagi yang disediakan oleh PEDi kepada komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: