Kelas Microsoft Excel Bahagian II
8 April 2023 | Aktiviti TerkiniPada 7 April 2023, kelas Microsoft Excel Bahagian II telah diadakan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Surau. Kelas ini adalah sambungan bagi kelas yang terdahulu dimana pada kelas terdahulu peserta mempelajari asas microsoft excel serta cara meggunakannya. Kelas tersebut berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 10 pagi hingga 12 tengahari. Kelas kali ini peserta mempelajari cara untuk membuat lejer perniagaan dan akaun perniagaan yang mudah dan ringkas untuk dikendalikan.
Peserta juga mempelajari bagaimana untuk menggunakan formula dalam excel. Kelas ini dilihat mampu untuk mendidik peserta agar lebih “celik IT” supaya mampu bersaing dengan masyarakat bandar yang lebih terdedah dengan penggunaan ICT. Serta menarik minat mereka untuk mengaplikasikan fungsi Microsoft Office di masa hadapan serta dapat meningkatkan keyakinan mereka untuk berdepan dengan orang ramai.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: