Bengkel Pemasaran Digital Maxis Bersama Usahawan Perlis
24 September 2023 | Aktiviti TerkiniPada 23 September 2023, Bengkel Pemasaran Digital Maxis Bersama Usahawan Perlis telah diadakan di Audiotirium Perpustakaan Awam Negeri Perlis. Bengkel ini disertai oleh usahawan dari Perlis dan luar Perlis. Bengkel tersebut berlangsung selama 5 jam bermula dari jam 8.00 pagi hingga 1 petang. Tujuan Bengkel ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada usahawan mengenai teknik pemasaran jualan atas talian dan meningkatkan jualan usahawan serta pemasaran jualan produk atas talian.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah Taklimat Klik dengan Bijak (KDB) oleh MCMC Perlis, Taklimat Pemasaran Digital oleh Maxis, Sesi Pengenalan bersama Usahawan dan Sesi Fotografi produk usahawan. Bengkel ini dilihat mampu untuk mendidik usahawan agar lebih cakna dengan e-commerce supaya mampu bersaing dengan masyarakat bandar yang lebih terdedah dengan penggunaan e-commerce sebagai platform untuk meluaskan lagi perniagaan. Dengan adanya bengkel seperti ini, ia boleh mengembangkan lagi produk jualan serta menaikkan pendapatan peniaga.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: