Kelas Asas Pemasaran Shopee (Usahawan RISDA)

9 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Febuari 2023, Kelas Asas Pemasaran Shopee telah diadakan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Surau. Kelas ini disertai oleh usahawan di bawah RISDA yang merupakan usahawan Perlis. Kelas tersebut berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 9.00 pagi hingga 1 petang.

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai cara-cara atau teknik menggunakan aplikasi untuk memasarkan produk jualan. Kelas ini dilihat mampu untuk mendidik peserta agar lebih cakna dengan e-commerce supaya mampu bersaing dengan masyarakat bandar yang lebih terdedah dengan penggunaan e-commerce sebagai platform untuk meluaskan lagi perniagaan. Dengan adanya kelas seperti ini, ia boleh mengembangkan lagi produk jualan serta menaikkan pendapatan peniaga.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali