Kelas Asas Pemasaran Atas Talian & ICT

8 Januari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Januari 2023, kelas asas pemasaran dan ICT telah diadakan di Pusat Ekonomi Digital Kg. Surau. Kelas ini adalah sambungan bagi kelas yang terdahulu disertai oleh seorang peserta yang merupakan ahli PEDi sendiri dan kelas tersebut berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 10 pagi hingga 1 petang.

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai cara-cara atau teknik menggunakan Microsoft Excel membuat lajer akaun perniagaan secara teratur serta cara perniagaan atas talian. Peserta juga diajar untuk membuat pemasaran perniagaan atas talian, anataranya teknik penulisan, teknik jualan dan sebagainya yang berkaitan dngan pemasaran atas talian. Peserta turut diberi pendedahan jualan atas talian melalui Shopee, Lazada, Facebook dan Tiktok. Kelas ini dilihat mampu untuk mendidik peserta agar lebih “celik IT” supaya mampu bersaing dengan masyarakat bandar yang lebih terdedah dengan penggunaan ICT. Dengan adanya kelas seperti ini, ia boleh mengembangkan lagi produk jualan serta menaikkan pendapatan peniaga.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali