Kelas Asas Microsoft Words (Resume)
18 Disember 2023 | Aktiviti TerkiniPada 17 December 2023, pihak pengurusan PEDi Kg Surau telah mengadakan kelas Microsoft Words yang disertai oleh seorang peserta yang merupakan ahli Pusat Ekonomi Digital Malaysia (PEDi) sendiri dan kelas tersebut berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari.
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai cara-cara untuk menggunakan komponen komputer dengan baik serta penggunaan Microsoft Words dalam pengurusan pekerjaan secara teratur. Peserta juga meminta untuk pihak PEDi mengajar beliau bagaimana untuk membuat resume pekerjaan yang baik dengan menggunakan Microsoft Words. Selain itu, peserta juga diberi tunjuk ajar cara membuat resume menggunakan aplikasi canva. Kelas ini dilihat mampu untuk mendidik peserta agar lebih “celik IT” supaya mampu bersaing dengan masyarakat bandar yang lebih terdedah dengan penggunaan ICT. Serta menarik minat mereka untuk mengaplikasikan fungsi Microsoft Office di masa hadapan serta dapat meningkatkan keyakinan mereka untuk berdepan dengan orang ramai.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: