Kelas Asas Microsoft Word
9 November 2023 | Aktiviti TerkiniPada 08 November 2023, pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Surau telah mengadakan kelas Asas Microsoft Word iaitu pengenalan asas fungsinya dan cara menggunakan Microsoft Words. Kelas yang diadakan di PEDi Kg Surau ini telah disertai oleh dua orang peserta. Kelas tersebut berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 2 petang hingga 4 petang.
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai cara-cara untuk menggunakan Microsoft Words dalam pembelajaran di sekolah. Dalam kelas ini juga peserta diajar bagaimana cara untuk mengupload file ke laman sesawang dan peserta didedahkan cara untuk mecari maklumat pembelajaran secara atas talian.
Kelas ini dilihat mampu untuk mendidik peserta agar lebih “celik IT” supaya mampu bersaing dengan masyarakat bandar yang lebih terdedah dengan penggunaan ICT. Serta menarik minat mereka untuk mengaplikasikan fungsi Microsoft Office di masa hadapan serta dapat meningkatkan keyakinan mereka untuk berdepan dengan orang ramai.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: