Quater 2 Internal Training PEDi Maxis Utara (Empowering Your Communication, Networking and Presentation Skills) Hari-2

27 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Mei 2022, petugas Pusat Ekonomi Digital (PEDi) telah menghadiri PEDi Internal Training – 'Empowering Your Communication, Networking and Presentation Skills’ yang diadakan secara maya atau lebih dikenali latihan atas talian untuk hari yang ke-2. Tujuan kursus ini bagi meningkatkan serta menambah pengetahuan dalam kemahiran berkomunikasi.

Pada hari ke-2 ini, peserta dikehendaki membuat pembentangan secara individu berkenaan topik bebas dan tahap penyampaian setiap orang akan dinilai oleh jurulatih. Pembentangan dan penyampaian cerita tersebut hendaklah berkenaan dengan apa yang telah dipelajari pada hari pertama kursus bermula. Dari aktiviti ini, peserta dapat mengetahui apa kelemahan yang mereka perlu perbaiki jika membuat penyampaian cerita secara terbuka kepada komuniti. Peserta dapat mempraktikan ilmu yang dipelajari dalam mengendalikan majlis atau program kepada usahawan dan komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali