Quater 2 Internal Training PEDi Maxis Utara (Empowering Your Communication, Networking and Presentation Skills)
26 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniPada 25 Mei 2022, petugas Pusat Ekonomi Digital (PEDi) telah menghadiri PEDi Internal Training – 'Empowering Your Communication, Networking and Presentation Skills’ yang diadakan secara maya atau lebih dikenali latihan atas talian. Tujuan kursus ini bagi meningkatkan serta menambah pengetahuan dalam kemahiran berkomunikasi.
Bengkel ini dimulakan dengan sesi perkenalkan diri dan penerangan ringkas tentang topik-topik yang akan dibincangkan.Peserta terdiri daripada petugas PEDi Perlis dan Kedah. Bengkel ini dapat memberi pendedahan kepada petugas PEDi bagi memperkasakan kemahiran komunikasi, rangkain dan persembahan diri. Selain itu, memberi peluang kepada peserta mengaplikasikan apa yang telah dipelajari ketika kursus. Peserta dapat mempraktikan ilmu yang dipelajari dalam mengendalikan majlis atau program kepada usahawan setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: