Program Teknik Pemasaran Digital Shopee Bersama Usahawan NCER Northen Corridors Economic Region) Perlis

7 September 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 6 September 2022 jam 8.30 pagi hingga 3.00 petang telah berlangsungnya Program Teknik Pemasaran Digital Shopee bersama usahawan NCER Perlis. Program ini dikendalikan oleh Rakan Digital Maxis serta kakitangan PEDi Kg. Surau. Program ini dijalankan berkonsepkan perbincangan bersama usahawan bagaimana untuk menguruskan perniagaan atas talian terutamanya dalam platform digital Shopee. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada usahawan cara untuk mengembangkan lagi perniagaan yang sedia ada secara lebih meluas atas talian dan perniagaan secara digital. Dengan adanya program seperti ini, usahawan dapat meningkatkan lagi pendapatan mereka serta mempromosikan produk jualan mereka secara meluas sama ada dalam negara mahupun luar negara.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali