Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Bersama Kanak-Kanak Tabika KEMAS Kg. Surau

21 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Mei 2022, pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Surau telah mengadakan sambutan Hari Raya dengan kerjasama Tabika KEMAS Kg Surau. Aktiviti tersebut diadakan pada jam 10.00 pagi. Aktiviti ini dijalankan secara santai dan melibatkan kanak-kanak atau pelajar tabika kemas. Aktiviti senaman ini telah diketuai oleh Puan Hazira yang mana tenaga pengajar tabika itu sendiri.

Aktiviti ini telah disertai oleh 12 orang peserta dan berlangsung selama 2 jam. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan sedikit ilmu kepada pelajar tabika berkaitan Hari Raya di samping mengeratkan hubungan sesama komuniti setempat. Semua peserta merasa gembira dan berharap agar aktiviti seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali