Program Bicara Klik Dengan Bijak “Awas! Jangan Terpedaya Penipuan Kewangan Dalam Talian” atau dikenali sebagai “Money Scam”

15 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Jun 2022 jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi telah berlangsungnya Program Bicara Klik Dengan Bijak yang bertajuk “Awas! Jangan Terpedaya Penipuan Kewangan Dalam Talian” atau dikenali sebagai “Money Scam”. Program ini dijalankan berkonsepkan perbincangan dan kesedaran bagi menyedari tentang kepentingan dan hak-hak yang perlu seseorang tahu sebelum atau selepas berkongsi data peribadi kepada pihak yang tertentu bagi mengelakan dari di perdayakan oleh pihak tertentu.

Progam ini diadakan secara atas talian yang diwakili oleh pihak MCMC sendiri dalam memberikan taklimat kepada orang awam. Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada orang awam yang terlibat secara langsung dengan program-program di bawah PEDi seluruh Malaysia tentang kepentingan mengetahui apa itu penipuan kewangan atas talian dan cara atasi bagaimana sekiranya mendapat panggilan yang meragukan daripada pihak tertentu sebagai penyamar. Program ini mengambil masa selama 1 jam dan pada akhir program ini kuiz berkaitan perbincangan juga diadakan untuk meguji kefahaman peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali