Kursus Multimedia Kreatif Dalam Pendidikan Siri 2 (KEMAS) Secara Virtual

5 November 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 2 November 2022 sehingga 4 November 2022, Jabatan Kemajuan Masyarakata (KEMAS) telah mengadakan kursus multimedia kreatif dalam pendidikan siri 2 bersama guru tabika secara virtual di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Surau. Kursus ini berlangsung sehingga tiga hari dan ianya diadakan di PEDi Kampung Surau dengan disertai oleh 8 orang peserta dan berlangsung dari jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Tujuan kursus ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para guru tabika KEMAS mengenai multimedia kreatif dalam pendidikan. Sebagai seorang guru tabika, mereka perlu befikiran kreatif dalam menyampaikan ilmu kepada kanak-kanak yang baru sahaja memulakan langkah ke alam persekolahan. Dalam kursus ini mereka di dedahkan cara untuk menggunakan aplikasi multimedia dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar secara kreatif. Dengan adanya ilmu ini, membolehkan lagi tarikkan kepada pelajar untuk hadir ke sekolah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali