Program Bicara Klik Dengan Bijak “Elak Terlebih Kongsi”

2 September 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 1 September 2022 jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi telah berlangsungnya Program Bicara Klik Dengan Bijak yang bertajuk “Elak Terlebih Kongsi”. Program ini dijalankan berkonsepkan perbincangan dan kesedaran bagi menyedari tentang berkongsi terlalu banyak informasi dan maklumat serta mengawal privasi. Progam ini diadakan secara atas talian yang diwakili oleh pihak MCMC sendiri dalam memberikan taklimat kepada orang awam. Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada orang awam yang terlibat secara langsung dengan program-program di bawah PEDi seluruh Malaysia tentang kepentingan mengetahui maklumat-maklumat peribadi yang tidak perlu dikongsi. Program ini mengambil masa selama 1 jam dan pada akhir program ini kuiz berkaitan perbincangan juga diadakan untuk meguji kefahaman peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali