Program Saringan Kesihatan Dalam Kumuniti Kg.Surau & Kg.Sentang
11 September 2022 | Aktiviti TerkiniPada 10 September 2022, Ahad – Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Surau telah dijemput untuk memeriahkan program bersama komuniti bertempat di Perkarangan Masjid Kampung Surau. Bermula pada jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Antara pengisian program adalah aktiviti memasak bubur asyura dan demo bubur asyura sihat bersama pegawai permakanan,saringan kesihatan dan pameran kesihatan,pertandingan mewarna kanak-kanak pra dan kanak, pemeriksaan gigi serta “car boot sale” bersama panel penasihat KKKP, cabutan bertuah dan lain-lain. Objektif program ini adalah memberi peluang kepada komuniti membuat saringan kesihatan serta dapat mengerat hubungan antara komuniti antara penduduk kampung Surau dan Kampung Sentang. Program di akhir dengan pemberi hadiah dan cabut bertuah kepada komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: