Tayangan Video “Cara Atasi Kebakaran” Bersama Kanak-Kanak Tabika KEMAS Kg. Surau

29 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 28 Januari 2022, pihak pengurusan PEDi Kg Surau bersama guru tabika KEMAS telah bekerjasama mengadakan program tayangan video “Cara Atasi Kebakaran” bersama murid-murid tabika KEMAS Kg. Surau . Tayangan video yang diadakan di PEDi Kg Surau ini telah disertai oleh 11 orang peserta yang berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan awal kepada kanak-kanak bagaimana cara untuk menangani atau mengatasi jika berlaku kebakaran dirumah atau di mana-mana sahaja. Dengan adanya program seperti ini, ia akan membantu murid-murid tabika menjadi lebih peka akan bahayanya api.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali