Tayangan Video “Kenali Jenis Sayuran Tempatan” Bersama Kanak-Kanak Tabika KEMAS Kg. Surau

23 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Julai 2022, pihak pengurusan PEDi Kg Surau bersama guru tabika KEMAS telah bekerjasama mengadakan program tayangan video “Kenali Jenis Sayuran Tempatan” bersama murid-murid tabika KEMAS Kg. Surau . Tayangan video yang diadakan di PEDi Kg Surau ini telah disertai oleh 7 orang peserta yang berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan awal kepada kanak-kanak mengenalpasti jenis sayuran tempatan. Dengan adanya program seperti ini, ia akan membantu murid-murid tabika menjadi kenal jenis- jenis sayuran.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali